Fish

Wednesday, 13 April 2011

Ujian Kontrak

Test 
Soalan
Tegap manufactures printing presses and BeritaNet, a publisher of a local newspaper, had decided to purchase new presses.

Ah Chong, a representative of Tegap, met with Ah Kau, the president of BeritaNet, to describe the advantages of Tegap's new press. Ah Chong also drew rough plans of the alterations that would be required in the BeritaNet’s pressroom to accommodate the new presses, including additional floor space and new electrical installations, and left the plans with Ah Kau.

On December 1, Ah Kau received a letter signed by Hassan, a member of Tegap's sales staff, offering to sell the required number of presses at a cost of RM2.5 million. The offer contained provisions relating to the delivery schedule, warranties, and payment terms, but did not specify a particular mode of acceptance of the offer. Ah Kau immediately decided to accept the offer, and telephoned Hassan's office. Hassan was out of town, and Ah Kau left the following message: "Looks good. I'm sold. Call me when you get back so we can discuss details."

Ah Kau next telephoned Premfirm and rejected an outstanding offer by Premfirm to sell presses to BeritaNet similar to those offered by Tegap. Using the rough plans drawn by Ah Chong, Ah Kau also directed that work begin on the necessary pressroom renovations. By December 4, a wall had been demolished in the pressroom and a contract had been signed for the new electrical installations.

On December 5, the Prime Minister announced a ban on imports of foreign computerized heavy equipment. This removed from the Malaysian market a foreign manufacturer that had been the only competitor of Tegap and Premfirm. That afternoon, Ah Kau received a telegram from Tegap stating, "All outstanding offers are withdrawn." In a subsequent telephone conversation, Hassan told Ah Kau that Tegap would not deliver the presses for less than $2.9 million. A telephone call by Ah Kau to Premfirm revealed that Premfirm's entire output had been sold to another buyer.

a) Was Tegap obligated to sell the presses to BeritaNet for $2.5 million? Discuss.

b) Assume Tegap was so obligated. What are BeritaNet' rights and remedies against Tegap?  Discuss.


 Jawapan
a)

Wujudkah Tawaran, Penerimaan dan Balasan?

Tawaran – Tawaran ialah penyampaian oleh satu pihak akan niat untuk berkontrak. Tidak terdapat indikasi di dalam fakta bahawa wakil Tegap atau Ah Chong membuat suatu tawaran kepada suatu pihak yang lain dalam perbualannya. Perbualan tersebut didapati lebih melibatkan perkonsian maklumat dan penyampaian niat secara am. Surat daripada Hassan yang diterima pada 1 Disember adalah merupakan suatu tawaran, Ianya menyatakan secara terperinci kuantiti, termasuk harga, penghantaran, jaminan dan kaedah bayaran.

Penerimaan – Panggilan telefon dari Ah Kau kepada Hassan adalah bertujuan untuk penyampaian penerimaan. Tawaran tersebut tidak menyatakan dan menetapkan kaedah penerimaan maka dibawah Akta Kontrak 1950, ianya boleh diterima mengikut mana-mana kaedah yang munasabah, termasuk melalui perbualan telefon. Panggilan telefon telah dibuat pada masa yang munasabah selepas tawaran dibuat, malahan sebaik sejurus selepas tawaran. Isu yang timbul adalah samada pesanan telefon Ah Kau cukup jelas untuk membentuk penerimaan yang sah. “Kelihatan menarik” mungkin tidak mencukupi tetapi “ianya terjual” menunjukkan penerimaan. “Hubungi saya … maka kita boleh bincang dengan lebih terperinci” boleh mencadangkan bahawa perincian belum dipersetujui dan Tegap boleh mempertikaikan bahawa ia tidak memahami perbualan telefon Ah Kau sebagai menunjukkan suatu penerimaan kerana frasa berkenaan.. Walau bagaimanapun dibawah Akta Kontrak 1950, tidak ada masalah tentang penerimaan walaupun masih ada perbincangan terma-terma yang tidak penting yang belum jelas. Kontrak penjualan oleh Tegap adalah dipersetujui walaupun terdapat perincian yang belum dijelaskan atau untuk di rundingkan. Secara seimbang, mahkamah mungkin akan mendapati BeritaNet telah membuat penerimaan kepada tawaran Tegap di dalam perbualan telefon tersebut.

Balasan – Balasan didalam urusan ini adalah pencetak untuk harga RM2.5 juta dan tidak ada pertikaian mengenainya..

Dengan itu, telah wujud hubungan kontrak diantara Tegap dan BeritaNet untuk jualan pencetak dengan harga RM2.5 juta dan tertakluk kepada lain-lain terma yang dibuat pada 1 Disember. Tegap berkewajipan untuk menjual dengan harga RM2.5 juta.



b)



Damages – Bila Hassan melakukan pecah kontrak, pembeli boleh mendapatkan ganti-ruginya berdasarkan perbezaan antara
a) kos pengantian dari sumber lain dengan harga kontrak atau
b) harga pasaran dengan harga kontrak.
Disini, perbezaan tersebut mungkin sebanyak RM400,000.00 jika  tawaran terbaru wakil Tegap mewakili harga pasaran. Sebagai tambahan BeritaNet boleh menuntut “consequential damages” – kerugian-kerugian yang mana boleh dilihat oleh seorang manusia munasabah pada masa kontrak atau kerugian-kerugian yang telah dikemukakan terlebih dahulu kepada pengetahuan Hassan.  Tiada bukti sebarang kerugian tersebut disini. BeritaNet juga boleh menuntut “ Incidental damage” seperti cost menyediakan duit muka. Tidak ada kemungkinan untuk tuntutan “Punitive damages”.
Restitution – Jika Hassan telah secara tidak adil mendapat keuntungan dari pecah kontrak tersebut, pembeli mungkin boleh menuntut jumlah keuntungan yang diperolehi oleh Hassan. Tidak terdapat sebarang petunjuk disini bahawa Tegap telah secara tidak adil mendapat keuntungan tersebut melainkan dapat menjual pencetak tersebut dengan harga yang lebih tinggi.
Specific Performance – BeritaNet boleh mendapatkan arahan perlaksanaan spesifik hanya jika lain-lain remedi didapati tidak memadai. Disini BeritaNet mungkin tidak dapat mencari sumber pengantian untuk pencetak tersebut kerana satu-satunya pesaing iaitu Premfirm telah menjual kesemua keluarannya. Jika kerugian yang boleh dituntut oleh BeritaNet didapati tidak memadai contohnya jika pencetak sediada perlu di tukar, BeritaNet telah memenuhi keperluan ini untuk menuntut perlaksanaan spesifik.

Sunday, 3 April 2011

Assault & Battery

Introduction

In the context of criminal law, "assault and battery" are typically components of a single offense. In tort law, "assault" and "battery" are separate, with an assault being an act which creates fear of an imminent battery, and the battery being an unlawful touching. 

Assault and battery are intentional torts, meaning that the defendant actually intends to put the plaintiff in fear of being battered, or intends to wrongfully touch the plaintiff. The wrongful touching need not inflict physical injury, and may be indirect (such as contact through a thrown stone, or spitting). 

Klik disini untuk maklumat lanjut

Tuesday, 29 March 2011

Kuiz - Kontrak

Soalan.

Ali menawarkan kereta terpakai kepada Ahmad dengan harga Rm20,000.00. Ahmad menyatakan yang dia akan menerima tawaran tersebut hanya jika Ali berjanji untuk menanggung kos pembaikan kereta tersebut untuk tempoh 6 bulan pertama. Ali tidak bersetuju. Ahmad kemudiannya membuat penerimaan kepada tawaran asal Ali tanpa sebarang syarat. Malangnya Ali ketika ini tidak lagi mahu menjual kereta tersebut kepada Ahmad. Nasihatkan Ali samada dia terikat untuk menjual kereta tersebut kerana Ahmad mendakwa kontrak telah wujud di antara mereka.

Jawapan Pelajar

Persoalan yang timbul daripada fakta kes ini ialah samada wujud kontrak di antara mereka.

Dalam merungkai pertikaian ini. Ali perlu memperhalusi elemen-elemen penting dalam pembentukan kontrak.
Elemen-elemen yang perlu diberi perhatian ialah:-

1) Cadangan
2) Penerimaan
3) Balasan
4) Niat untuk berkontrak

Cadangan
Perhatian kepada Seksyen 2 (a) Akta Kontrak - Cadangan dibuat apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat sesuatu.

Fakta kes menunjukkan Ali telah menyatakan kesediaannya untuk menjual kereta terpakai kepada  Ahmad dan beliau berharap Ahmad akan menerima tawaran tersebut. 

Kesimpulannya  ialah tawaran sah apabila Ali telah bertindak sebagai pembuat janji, menawarkan kereta terpakai kepada Ahmad dengan harga RM20,000.00.

Penerimaan
Perhatian kepada seksyen 7(a) Akta Kontrak - Penerimaan itu mestilah mutlak dan tidak bersyarat.

Fakta kes menunjukkan Ahmad telah menyatakan kesediaanya untuk menerima tawaran tersebut hanya jika Ali berjanji untuk menanggung kos pembaikan kereta tersebut untuk tempoh 6 bulan pertama.

Kesimpulannya ialah penerimaan tidak sah kerana penerimaan yang disampaikan oleh Ahmad kepada Ali  adalah penerimaan bersyarat dan ini tidak mematuhi Seksyen 7(a) Akta Kontrak - penerimaan  mestilah mutlak dan tidak bersyarat.

Cadangan balas
Perhatian kepada prinsip yang di bentuk dalam undang-undang kes - Hyde lawan Wrench di mana Hakim memutuskan bahawa penerimaan bersyarat bertindak sebagai penolakan dan penamatan tawaran asal dan seterusnya membentuk cadangan balas.

Fakta kes menunjukkan Ahmad membuat penerimaan bersyarat apabila mengenakan syarat "menanggung kos pembaikan kenderaan selama 6 bulan" yang sebenarnya membentuk tawaran balas dari Ahmad kepada Ali. 

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kini Ahmad pula bertindak sebagai pembuat janji dan telah membuat cadangan balas yang sah.

Penerimaan kepada cadangan balas
Perhatian kepada seksyen 2(b) Akta Kontrak - Penerimaan  berlaku apabila orang kepada sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan bahawa cadangan itu diterima. Kini terpulanglah kepada Ali samada menerima atau tidak tawaran balas tersebut. Jika Ali menerima cadangan balas tersebut maka Ali bertindak sebagai penerima janji dan wujud lah penerimaan yang sah.

Fakta kes membuktikan Ali tidak bersetuju dengan cadangan balas yang dibuat oleh Ahmad.

Kesimpulannya ialah tidak wujud sebarang penerimaan oleh Ali kepada cadangan balas tersebut dan dengan itu perjanjian atau kontrak masih tidak wujud.

Penerimaan semula kepada tawaran asal
Perhatian semula kepada undang-undang kes Hyde lawan Wrench.

Fakta kes - Setelah Ahmad gagal untuk mendapatkan persetujuan Ali bagi cadangan balasnya, Ahmad cuba membuat penerimaan tanpa syarat kepada cadangan Ali yang asal.

Kesimpulannya ialah Ahmad tidak lagi boleh membuat penerimaan kepada cadangan yang asal kerana penerimaan bersyarat yang telah dibuat olehnya terdahulu merupakan penolakan kepada tawaran asal dan dengan itu telah menamatkannya. Dengan kata lain, penerimaan tidak boleh dibuat apabila tawaran telah tamat.

Balasan
Perhatian kepada Seksyen 10 (1) Akta Kontrak - Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas oleh pihak yang layak membuat kontrak untuk sesuatu balasan yang sah dan 

Seksyen 24 Akta Kontrak - Balasan yang tidak sah disisi undang-undang ialah balasan yang:-
  • dilarang oleh undang-undang
  • mengecewakan peruntukan mana-mana undang-undang
  • merupakan frod
  • mendatangkan bencana kepada diri atau harta orang lain
  • tak bermoral
    Fakta kes menunjukkan balasan bagi janji ini oleh Ali ialah kereta terpakai dan oleh Ahmad ialah bayaran berjumlah RM20,000.00


    Kesimpulan ialah wujudnya balasan dan balasan tersebut adalah balasan yang sah dan tidak terdapat fakta lain menunjukkan terdapatnya perkara-perkara yang boleh mengakibatkan balasan tersebut menjadi balasan yang tidak sah disisi undang-undang.

    Niat
    Perhatian kepada undang-undang kes Rose & Frank Co v JR Crompton & Bros Ltd [1924] UKHL 2 dan Carlil lwn Carbolic Smoke Ball Co. yang mana telah menetapkan bahawa niat merupakan suatu elemen yang sangat penting di dalam pembentukan kontrak. Dalam common law, andaian awal bagi perjanjian yang melibatkan urusan keluarga dan sosial ialah pihak-pihak tidak berniat untuk terikat kepada kontrak dan bagi perjanjian melibatkan urusan perniagaan ialah pihak-pihak berniat untuk terikat di bawah kontrak melainkan dapat dibuktikan sebaliknya.
    Fakta kes - Urusan Ali dan Ahmad adalah urusan perniagaan iaitu jual beli kenderaan.

    Kesimpulannya ialah wujud niat oleh Ali dan Ahmad untuk membentuk ikatan kontrak di antara mereka kerana perjanjian yang ingin diwujudkan adalah bagi urusan jual beli kereta yang mana common law akan mengandaikan pihak-pihak berniat untuk terikat di bawah kontrak dan tidak ada fakta kes lain yang membuktikan sebaliknya.

    Kesimpulan
    Berdasarkan kepada penelitian yang telah dibuat, terdapat beberapa kemungkinan atau peluang untuk Ali dan Ahmad membentuk suatu hubungan kontrak. Walaubagaimana pun semua peluang itu tidak  digunakan untuk membentuk suatu ikatan kontrak yang sah akibat 1) Penerimaan bersyarat terhadap tawaran asal 2) Penolakan terhadap tawaran balas 3) Penerimaan terhadap tawaran  asal yang telah tamat. Oleh itu kontrak tidak pernah wujud dan Ali tidak terikat untuk menjual kereta tersebut kepada Ahmad.



    Monday, 28 March 2011

    Tugasan 4 - Tort & Jawapan

    Assignment No. 4 - DUB 2A & DUB 2B
    Submission Date : 1/4/2011

    Lina, aged sixteen, lives at home with her father, John, in Sabah. John is aware that Lina has recently exhibited a sometimes violent and delusionary nature diagnosed as schizophrenia and has attacked persons in the neighborhood. Medication that can control Lina's behavior has been prescribed, but without John's knowledge, Lina has stopped taking it.

    A month after Lina stopped taking her medication, she approached a neighbour, Rambo, as he walked along the sidewalk fronting John's home. When she has a face to face with Rambo, Lina, without provocation, gestured threateningly and screamed, "I know you're out to get me and I'm going to get you first," and then strode away.

    Rambo, who had no knowledge of Lina's mental illness, phoned John about the incident. John told Rambo that "Lina has sometimes made threats to others, but I do not think she will try to hurt you and I assure you that this will not happen again." Rambo believed John's assurances and, for that reason, did not seek to avoid Lina. John questioned Lina about the incident, scolded her, and asked if Lina was taking her medication. When Lina said she was, John did not pursue the matter.

    Three days after Lina confronted Rambo, Lina saw him walking on the street fronting their adjoining homes. Lina got on her bicycle and rode it as rapidly as she could directly at Rambo. Although Lina swerved away from Rambo at the last moment, Rambo reacted by diving to one side. He struck his head on the curb and suffered a severe concussion and facial injuries. Rambo has sued Lina and John, alleging tortious causes of action.

    a)      Is Rambo entitled to recover against Lina for:
    i)          Assault? Discuss.
    ii)         Battery? Discuss.
    (20 marks)
    b)      Is Rambo entitled to recover against John:
    i)         On the ground that John was negligent as to Rambo? Discuss.
     (10 marks)


    A (1) TORT SERANGAN

    Rambo telah menyaman Lina dengan menuduhnya dibawah tort serangan. Untuk mendapatkan gantirugi, Rambo mestilah membuktikan bahawa Lina:-
    1) dengan niat
    2) menyebabkan Rambo mengalami rasa cemas & kebimbangan yang munasabah &
    3) berkemampuan menyebabkan kecelakaan dan kecederaan.

    Terdapat dua aksi Lina yang boleh menimbulkan tanggungan terhadap perbuatan serangan.
    i)       Aksi ugutan Lina dan
    ii)      Serangan Basikal Lina

    i)        Aksi ugutan Lina

    Niat
    Perhatian kepada undang-undang kes Scott lawan Shepherd dimana Mahkamah memutuskan niat perlu dibuktikan dalam tort pencerobohan diri.

    Fakta- Lina ketika berhadapan dengan Rambo, tanpa sebarang provokasi membuat membuat kenyataan ‘Aku akan kenakan kau dulu’. Tiada fakta kes lain menunjukkan sebarang unsur paksaan terhadap beliau dalam mengeluarkan ugutan berkenaan.

    Kesimpulan- beliau dengan niat membuat kenyataan ‘ Aku akan kenakan kau dulu’ Ini adalah satu aksi secara sukarela atau tanpa paksaan yang mana mengancam Rambo dengan suatu jenis kerosakan.

    Rasa cemas yang munasabah
    Perhatian kepada undang-undang kes Meade & Belt’s dimana Mahkamah memutuskan ugutan dengan perkataan sahaja bukanlah merupakan serangan.

    Fakta- Lina mengugut dengan perkataan ‘Aku akan kenakan kau dulu’. Dia secara berhadapan dengan Rambo  membuat pergerakan  yang mengancam dan menjerit dan terus berlalu pergi.

    Kesimpulan:- Kenyataan atau ancaman Lina sahaja belum lagi menjurus kepada rasa cemas yang munasabah sebagaimana kes Meade & Belt’s tetapi kombinasi tindakan mengugut, menjerit dan membuat pergerakan yang mengancam boleh menyebabkan perasaan cemas dan bimbang kepada Rambo. Bagaimanapun Lina telah berkata ‘Aku akan kenakan kau dulu” yang mana menunjukkan amaran itu akan dilaksanakan pada masa akan datang.

    Kesimpulan Aksi Ugutan
    Perbuatan ugutan ini dibuat dengan niat tetapi tidak wujud rasa cemas atau kebimbangan yang munasabah pada ketika itu dan dengan itu Lina tidak boleh dipertanggung jawabkan kepada Rambo untuk ugutan tersebut.




    ii.  Serangan Basikal Lina

    Aksi kedua Lina dimana mungkin boleh menimbulkan tanggungan tort serangan adalah bila Lina menunggang basikal ke arah Rambo.

    Niat-
    Perhatian semula kepada undang-undang kes Scott lawan Shepherd dimana Mahkamah memutuskan niat perlu dibuktikan dalam tort pencerobohan diri.

    Fakta ada tercatat bahawa Lina menunggang basikal ke arah Rambo dengan selaju yang mungkin.

    Kesimpulannya perbuatan ini dilakukan dengan secara sukarela dan kemahuannya sendiri memandangkan tiada fakta lain membuktikan sebaliknya Ini telah memenuhi keperluan dalam menunjukkan kewujudan niat dalam perbuatannya. Bagaimanapun adakah niat Lina ini dicetuskan oleh fakta bahawa beliau mungkin berelusi dan berkhayalan? Jawapannya tidak. Semua orang adalah berkemampuan untuk tort dengan niat. Tidak ada pembelaan untuk ketidakupayaan atau kecacatan. Selagi aksi tersebut dilakukan secara sukarela dan tanpa paksaan dan bermungkinan besar untuk mengakibatkan keputusan yang diniatkan, elemen niat tersebut telah tercapai.

    Rasa cemas yang munasabah–
    Fakta- Rambo nampak Lina menunggang basikal ke arahnya dan telah berasa cemas kepada kerosakan dan kecederaan yang mungkin berlaku. Ini dibuktikan apabila dia mengelak ke satu arah untuk menghindari Lina. Ujian untuk kebimbangan ini adalah suatu yang objektif. Dalam keadaan ini, telah menerima ancaman terlebih dahulu dari Lina dan kini dengan aksi Lina menunggang basikal kearahnya pada kelajuan tinggi,

    Kesimpulan:- Rambo ada rasa kebimbangan yang munasabah.

    Kemampuan mencederakan plaintif
    Perhatian kepada undang-undang kes Thomas lawan National Union Mineworkers dimana mahkamah memutuskan bahawa defenden mestilah berkemampuan mencederakan plaintif

    Fakta- Lina kelihatan ada niat untuk melaksanakan amaran dan kini memiliki kemampuan untuk melaksanakan amarannya dengan serangan basikal. Tiada fakta lain menunjukkan halangan kepada Lina untuk melaksanakan serangan.

    Kesimpulan- Lina berkemampuan dan tidak ada halangan lain dalam melaksanakan serangan basikal ini.

    Kesimpulan Serangan Berbasikal
    Jelas Lina dengan niat telah menyebabkan Rambo merasa cemas yang munasabah akan  keselamatan dirinya. Lina dengan ini bertanggungan kepada Rambo untuk serangan tersebut. Dia bertanggungan kepada kerugian yang timbul disebabkan oleh serangan. Rambo mengelak dari Lina dan terhantuk dan tercedera. Lina bertangunggan kepada Rambo untuk kos rawatan yang ditanggung dan juga kerugian akibat kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh Rambo.



    A (2) TORT SERANGAN SENTUH

    Untuk  tuntutan  kerugian melalui serangan sentuh, Rambo perlu membuktikan Lina  
    1) dengan niat mencederakan
    2) telah menyebabkan kecederaan atau kerosakan atau sentuhan terhadap Rambo.

    Niat:–
    Perhatian semula kepada undang-undang kes Scott lawan Shepherd dimana Mahkamah memutuskan niat perlu dibuktikan dalam tort pencerobohan diri.

    Disini aksi yang sama iaitu menunggang basikal ke arah Rambo, mencukupi sebagai membuktikan niat aksi tersebut. Aksi tersebut dilakukan secara sukarela walaupun Lina mengidap penyakit seperti yang telah dibincangkan di atas.  Lina mungkin mempertikaikan bahawa dia hanya berniat menakutkan Rambo dengan bukti bahawa dia mengelak ketika saat akhir pertembungan tersebut. Walaubagaimanapun , Lina kini mengaku berniat untuk tort serangan. Niat ini boleh diterjemahkan atau dipinda sebagai suatu tort serangan sentuh. Ianya boleh dijangkakan bahawa Rambo cuba mengelak, dan tercedera akibat percubaan tersebut. Kecederaan daripada cubaan mengelak akan dianggap sebagai  niat sebenar perbuatan tersebut iaitu supaya plaintif mengelak dan tercedera.

    Penyebab kecederaan atau sentuhan:-
    Akibat daripada pengelakkan Rambo, beliau mengalami kecederaan dan  gegaran otak bila kepalanya berlaga dengan “kerb” jalan. Ianya adalah suatu sentuhan berbahaya terhadap Rambo dan memadai untuk memenuhi elemen serangan sentuh.

    Kesimpulan:–
    Jelas kelihatan Lina dengan niat telah menyebabkan kecederaan Rambo. Lina bertanggungan terhadap kerugian daripada tort ini seperti yang telah dibincangkan. Kerugian sebenar bagi meliputi kos rawatan, kesakitan dan penderitaan dan mungkin kerugian teladan kerana ini suatu perbuatan dengan niat. Pembelaan Lina atas alasan mempertahankan diri akan gagal kerana tidak ada serangan sebenar ke atasnya oleh Rambo. Ia hanyalah khayalannya. Mahkamah mungkin mempertimbangkan kegagalan Lina mengambil rawatannya sebagai perbuatan sukarela untuk tidak sempurna sama seperti perbuatan sukarela untuk meracuni diri yang mana selanjutnya melemahkan lagi pembelaan Lina atas alasan tidak berkeupayaan tersebut.


    B) TORT KECUAIAN

    Rambo telah mengambil tindakan terhadap John di bawah tort kecuaian. Untuk mendapatkan gantirugi Rambo mestilah membuktikan 3 perkara iaitu
    1) Tanggungjawab untuk berhati-hati
    2) Kemungkiran untuk berhati-hati dan
    3) Kerosakan atau kerugian akibat kemungkiran tersebut.

    Tanggungjawab untuk berhati-hati-
    Secara umumnya undang-undang tidak mengenakan tanggungjawab untuk mengawal aksi atau perbuatan seorang yang lain. Walaubagaimanapun dibawah keadaan tertentu, bila seseorang ada pengetahuan tentang perlakuan berbahaya seseorang dan tahu kaedah untuk mengawal orang tersebut maka tanggangjawab tersebut timbul.

    Fakta- Lina ialah anak bawah umur John yang tinggal dirumahnya dan John tahu akan penyakit Lina dan juga tahu Lina ada perlakuan yang berbahaya dan Rambo telah memberitahunya tentang pertembungannya dengan Lina. Beliau juga tahu kaedah untuk mengawalnya.

    Boleh disimpulkan disini, tanggungjawab mengawal akan dikenakan ke atas John. Rambo boleh dilihat sebagai berpotensi menjadi plantif atau mangsa secara khususnya kerana beliau memaklumkan kepada John akan amaran yang dikeluarkan oleh Lina. John, dengan ini ada tanggungjawab untuk bertindak secara munasabah di dalam situasi ini untuk mengawal Lina dan tindakannya terhadap Rambo.

    Kemungkiran Tanggungjawab-
    Adakah John mungkir tanggungjawab untuk berhati-hati? Dua tindakan John berkemungkinan menimbulkan kemungkiran untuk berhati-hati iaitu
    - Jaminan John kepada Rambo
    - Memastikan Lina mengambil rawatan yang sepatutnya.

    John memberi jaminan kepada Rambo bahawa Lina tidak akan mencederakannya dan jaminan bahawa ancaman berkenaan tidak akan berlaku lagi. Kenyataan ini akhirnya salah. Kenyataan John adalah jaminan bahawa suatu peristiwa tidak akan berlaku di masa hadapan. Kenyataannya bertindak dalam dua tujuan selain berkemungkinan menjadi kenyataan cuai. John secara prinsip juga menyatakan beliau ada kawalan ke atas situasi dan perlakuan Lina.

    Aksi kedua yang memungkinkan kemungkiran tanggungjawab ialah aksi John terhadap Lina. John memarahi Lina tetapi dia menerima jawapan Lina bahawa beliau telah mengambil rawatannya. Dalam keadaan ini, seorang yang munasabah akan memastikan Lina benar-benar telah menerima rawatannya. Kegagalan John adalah mungkir tanggungjawab.

    Kemungkiran John menyebabkan Rambo tercedera.
    Kenyataan cuai- Rambo secara munasabah bergantung kepada kenyataan John bahawa Lina  tidak akan mengancamnya lagi. Rambo gagal mengambil langkah berjaga-jaga akibat bergantung kepada kenyataan dan jaminan John yang akhirnya menyebabkan kecederaannya.

    Kegagalan John memastikan Lina menjalani rawatan- Lina mungkin tidak menyerang Rambo jika beliau mengambil rawatannya. Dengan itu, kegagalan John memastikan Lina mengambil rawatannya adalah satu punca lain yang menyebabkan Rambo tercedera. Tanpa kemungkiran John kecederaan Rambo tidak akan berlaku.

    Kecederaan Rambo boleh dijangkakan kerana John tahu keadaan kesihatan Lina dan perlakuan liar Lina. Dia juga tahu Lina ada membuat ancaman tertentu kepada Rambo. Dengan ini aksi John adalah hampir kepada penyebab  kecederaan Rambo. Akhir sekali, Rambo mengalami kerugian seperti perbincangan di atas.

    Kesimpulan
    John akan bertanggungan dalam kecuaian terhadap perbelanjaan perubatan Rambo, kesakitan dan penderitaan dan kerugian. Bagimanapun oleh kerana John semata-mata cuai, beliau tidak bertanggungan terhadap kerugian teladan.



    Thursday, 17 March 2011

    Sejarah Perundangan Malaysia

    Perundangan Kaum Asli
    Adalah dipercayai manusia telah menduduki Tanah Melayu antara 3000 – 2000 sebelum Masihi. Sejak itu banyak kaum telah mula berhijrah ke Tanah Melayu samada orang Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Kesemuanya datang dengan membawa dan mengamalkan adat resam dan kepercayaan animisma masing-masing.

    Perundangan Zaman Kesultanan Melaka
    Kewujudan Empayar Kesultanan Melaka yang dicetuskan oleh Parameswara di abad ke 15 memantapkan lagi undang-undang adat. Ketika itu, ianya lebih kepada adat resam orang Hindu. Ketika kebangkitan Islam, undang-undang adat ini tetap terus diamalkan tetapi undang-undang ini mula dipengaruhi oleh undang-undang Islam. Undang-undang yang berkuatkuasa di Melaka ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang mana berasaskan adat Temenggung yang dipengaruhi undang-undang Islam Mazhab Syafie. Pengaruh Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka ini juga boleh lihat jelas dalam Hukum Kanun Pahang (1596), Undang-undang Kedah (1605), Undang-undang Johor (1789) dan Undang-undang 99 Perak (1878). Semua undang-undang ini juga menjadi bukti bahawa wujudnya peruntukan undang-undang Islam yang dijalankan di Tanah Melayu.

    Perundangan Zaman Penjajahan Portugis & Belanda
    Bila Melaka jatuh kepada Portugis (1511) dan Belanda, penduduk tempatan tetap mengamalkan Undang-undang Adat yang pengaruhi oleh undang-undang Islam. Boleh dikatakan Undang-undang Portugis dan Belanda hanya memberi impak kepada struktur politik dan pentadbiran. Perkembangan Undang-undang Islam di Tanah Melayu turut sedikit terbantut akibat Penjajahan Portugis dan Belanda.

    Perundangan Zaman Penjajahan Inggeris
    Pada tahun 1786, Pulau Pinang jatuh ke tangan Inggeris melalui Perjanjian Pangkor. Bagaimanapun ketika ini, undang-undang Inggeris tidak terus berkuatkuasa secara formal di Pulau Pinang. Ini dibuktikan dalam kes pembunuhan oleh James Sudds yang dituduh membunuh tetapi telah dibebaskan oleh Mahkamah Agung Calcutta atas alasan Pulau Pinang tidak berada dalam bidang kuasanya. Manakala untuk pentadbiran keadilan penduduk bumiputera, undang-undang adat yang dipengaruhi Islam tetap diteruskan tetapi ditambah/ubah atas pengaruh pemerintah Inggeris.

    Pembentukan Piagam Keadilan Diraja Pertama (Royal Charter of Justice) pada tahun 1807 memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Keadilan Pulau Pinang (Court of Judicature of the Prince of Wales Island) dan ianya menjadi peristiwa penting kerana menjadi penanda bermulanya undang2 bertulis Inggeris yang pertama. Diputuskan dalam kes Kamoo lwn Thomas Turner Bassett bahawa Piagam 1807 ini telah melanjutkan bukan sahaja undang-undang jenayah Inggeris ke Pulau Pinang tetapi termasuk juga undang-undang sivil Inggeris. Piagam ini diikuti oleh pembentukan Piagam Kedua dan Piagam Ketiga yang mana bidang kuasanya meliputi Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura).

    Walau bagaimanapun hakim-hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu ketika itu tidak menafikan kedudukan undang-undang asal yang dilaksanakan. Contohnya dalam satu kes iaitu kes Rahmah v. Laton yang diputuskan pada tahun 1927. Kes ini melibatkan pertikaian antara dua orang isteri terhadap harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas suami meninggal. Dalam penghakimannya, mahkamah telah memutuskan bahawa Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.

    Undang-undang Inggeris ini seterusnya diperkenalkan ke Negeri Melayu Bersekutu melalui Enakmen Undang-undang Sivil 1937, Sabah melalui Ordinan Undang-undang Sivil 1938 dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu melalui Enakmen Undang2 Sivil 1951 dan akhirnya keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu melalui Akta Undang2 Sivil 1956.

    Perundangan Zaman Kemerdekaan
    Selepas Merdeka, Perlembagaan Persekutuan menjadi sumber undang-undang tertinggi Malaysia, diikuti oleh Akta, Enakmen, Ordinan dan Perundangan Subsidiari. Pemakaian undang-undang Inggeris adalah berdasarkan kepada Akta Undang-undang Sivil 1956 dimana Malaysia Barat memakai Common Law dan Ekuiti seperti yang ditadbir di England pada tahun 1956. Sabah memakai Common Law, Ekuiti dan juga Statut seperti yang ditadbir di England pada 1951 dan Sarawak memakai Common Law, Ekuiti dan juga Statut seperti yang ditadbir di England pada 1949.

    Wednesday, 16 March 2011

    Undang-Undang Bertulis

    FEDERAL CONSTITUTION (PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN)
    Federal Constitution is said to be the highest law of land. The Constitution was drafted by the Reid Commission in 1956 with 5 representatives from India, British, Pakistan and Australia. The Constitution came into force following the independence on August 31, 1957. It consists of 15 Parts, 183 Articles and 13 Schedules.

    Article 4(1) state that the constitution is the supreme law of the federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this constitution shall, to the maximum extent of inconsistency, be void. But, Article 159 and 161E provides provisions to allow the constitution to be amended with the condition of 2/3rds majority in both houses of Parliament agreeing to the amendment. Some may think that the constitution is not supreme because of this conflict. The constitution amended based on the needs of the current situation of the country and the people to bring benefits, holiness and and goodness to the public. This is why the constitution is still placed in a high position.

    It lays the fundamental rights of individuals and the scope of powers of the Federal and State governments. The government, even though having much authority, is still bound by the Federal Constitution and cannot go against it, e.g. the government cannot take away a person's citizenship without any reason, force people to work without pay or imprison a person not according to the laws. If any person feels that the government has taken action against him or her wrongfully, he or she can take the government to court.

    STATE CONSTITUTION (PERLEMBAGAAN NEGERI)
    State Constitution is the same as Federal Constitution, except it is set by the states in Malaysia. The 8th schedule of the Federal Constitution mentions certain provisions that are to be included in the State Constitutions such as state executive members, finance, the state legislative assembly, roles of the Sultan or Yang di-Pertua Negeri, and etc. Article 71 mentions that all state constitutions must contain their provisions, otherwise the Parliament can enforce those provisions or abolish any provision in the state constitution that contradict with those provisions.

    ACTS OF PARLIAMENT (AKTA PARLIMEN)
    Acts are legislation that are established by the Parliaments at federal level. In Malaysia, the legislative gets its authority from the Federal Constitution. It mentions the scope of the Parliament. If the Parliament  makes a law which is not in its scope of authority or contradicts with the constitution, the courts can declare that as null and void. On the other hand, the courts would have to use laws made by the Parliament if the law is regarding issues related to their authority and conforms to the constitution. Article 74 of Federal Constitution states that parliament may make law with referring to matters provided in the federal list. Article 75 of Federal Constitution states that if there are any contradictions between federal and state laws, the federal law shall prevail and state law is void to the scope of inconsistency.

    ENACTMENT AND ORDINANCE (ENAKMEN DAN ORDINAN)
    Enactment and Ordinance are legislation that are enacted by the State Legislative Assemblies at the state level. Laws enacted by the Sarawak State Legislative Assemblies is known as Ordinance and in other twelves states of Malaysia are known as Enactment. The legislative gets its authority from the Federal and State Constitution. It mentions the scope of the  State Assembly. If the State Assembly makes a law which is not in its scope of authority or contradicts with the state constitutions, the courts can declare that as null and void. On the other hand, the courts would have to use laws made by the State Assembly if the law is regarding issues related to their authority and conforms to the state constitution. Article 74 of Federal Constitution states that state legislative may make law with referring to matter provided in the state list.

    SUBSIDIARY LEGISLATION (PERUNDANGAN KECIL)
    Subsidiary Legislation are made by the persons or bodies who are authorized to by the legislatures. According to Interpretation Act 1967, subsidiary legislation are defined as rules, regulations, by laws, order, notifications made under legislation. Legislatures provide the basic law. It has insufficient time to expand the scope of law which can be applied by the bodies and persons to govern day-to-day matters. So the authority is delegated to them to make their own laws, but there should not be any contradictions between the subsidiary legislation and the basic law or Federal Constitution. If such, the subsidiary legislation can be void. There is an exception to this. Parliament may pass the power to legislate any subsidiary legislation during emergency, even if there are any contradictions with the Federal Constitutions involved, due to some exception in Article 150 of Federal Constitution. The related case is Eng Keock Cheng v. Public Prosecutor. In this case, Eng Keock Cheng who was convicted committed 2 offences during emergency period and was ordered to put to death. He appealed on the ground that there were neither a preliminary enquiry nor a jury adopted by High Court which were required under Criminal Procedure Act and claimed that the procedures set out in Emergency (Criminal Trial) Regulations 1964 was invalid as it contradicts with Article 8 of Federal Constitution. It was held that Parliament may pass the power to legislate any subsidiary legislation during emergency, even if there are any contradictions with the Federal Constitutions involved, due to some exception in Article 150 of Federal Constitution. The appeal was dismissed.

    Sumber Undang-Undang

    Secara umumnya terbahagi kepada 2 berdasarkan kepada sumbernya iaitu:-
    • Undang-undang bertulis
    • Undang-undang tidak bertulis
    UNDANG-UNDANG
    Merujuk kepada Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat yang berkuat kuasa di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

    UNDANG-UNDANG BERTULIS
    Merujuk kepada seksyen 3, Akta Pentafsiran 1967, undang-undang bertulis bermaksud Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri dan Perundangan Kecil/Subsidiari yang dibuat di bawahnya; Akta Parlimen dan Perundangan Kecil/Subsidiari yang dibuat di bawahnya; Ordinan dan Enakmen dan Perundangan Kecil yang dibuat di bawahnya; dan lain-lain perundangan atau instrumen-instrumen perundangan (spt. Akta Parlimen United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara) yang berkuatkuasa di Malaysia.

    Secara ringkasnya undang-undang bertulis terdiri dari:-
    • Perlembagaan Persekutuan
    • Perlembagaan Negeri
    • Akta Parlimen
    • Ordinan dan Enakmen
    • Perundangan Kecil
    UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
    Secara am, undang-undang tidak bertulis ialah undang-undang yang berkuat-kuasa selain daripada undang-undang bertulis di atas. Undang-undang tidak bertulis tidak membawa maksud ianya tidak tercatat atau tertulis di atas mana-mana kertas tetapi lebih kepada undang-undang yang tidak ditulis oleh badan perundangan yang diiktiraf. Sumber undang-undang tidak bertulis terdiri daripada:-
    • Adat
    • Islam
    • Common Law
    • Equiti
    • Keputusan Kehakiman