Wednesday 16 March 2011

Sumber Undang-Undang

Secara umumnya terbahagi kepada 2 berdasarkan kepada sumbernya iaitu:-
  • Undang-undang bertulis
  • Undang-undang tidak bertulis
UNDANG-UNDANG
Merujuk kepada Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat yang berkuat kuasa di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

UNDANG-UNDANG BERTULIS
Merujuk kepada seksyen 3, Akta Pentafsiran 1967, undang-undang bertulis bermaksud Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri dan Perundangan Kecil/Subsidiari yang dibuat di bawahnya; Akta Parlimen dan Perundangan Kecil/Subsidiari yang dibuat di bawahnya; Ordinan dan Enakmen dan Perundangan Kecil yang dibuat di bawahnya; dan lain-lain perundangan atau instrumen-instrumen perundangan (spt. Akta Parlimen United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara) yang berkuatkuasa di Malaysia.

Secara ringkasnya undang-undang bertulis terdiri dari:-
  • Perlembagaan Persekutuan
  • Perlembagaan Negeri
  • Akta Parlimen
  • Ordinan dan Enakmen
  • Perundangan Kecil
UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
Secara am, undang-undang tidak bertulis ialah undang-undang yang berkuat-kuasa selain daripada undang-undang bertulis di atas. Undang-undang tidak bertulis tidak membawa maksud ianya tidak tercatat atau tertulis di atas mana-mana kertas tetapi lebih kepada undang-undang yang tidak ditulis oleh badan perundangan yang diiktiraf. Sumber undang-undang tidak bertulis terdiri daripada:-
  • Adat
  • Islam
  • Common Law
  • Equiti
  • Keputusan Kehakiman

No comments:

Post a Comment