Law of Contract

                      

                                SYLLABUS

                                1.0                LAW OF CONTRACT

1.1                Define contract according to Contract Act 1950.


1.2                Explain the essentials/basic elements of contract
a.       Agreement                                            perjanjian
b.       Consideration                                      balasan
c.        Capacity                                               keupayaan
d.       Intention to create legal relation       niat untuk terikat dibawah kontrak


1.3                Explain the causes of void contract, voidable contract & contract becomes void.

a.       Void Contract  (kontrak batal)

1.       Parties are under mistake as to the matter of fact
2.       Unlawful Consideration
3.       Agreement without Consideration
4.       Agreement in restraint of marriage
5.       Agreement in restraint of lawful trade, business, profession
6.       Agreement in restraint of legal proceeding
7.       Uncertainty of agreement
8.       Agreement by way of wager
9.       Agreement contingent on impossible event

 b.       Voidable Contract (kontrak boleh batal)

1.       Void ability of agreements without free consent  
a. Coercion 
b. Fraud  
c.  Misrepresentation 
2.       Void ability of agreement caused by undue influence     

c.        Contract becomes void (kontrak terbatal)

1.       Contingent contract, when an uncertain event becomes impossible.   
2.     Ditto, when the time fixed has expired & the uncertain event has not happened.                               
3.       A contract to do an act which, after the contract is made become impossible and unlawful 


1.4                Identify the unlawful agreement/considerations
a.       Forbidden by law   
b.       Defeat any law 
c.        Fraudulent 
d.       Injury to person or property of another 
e.        Immoral or opposed to public policy  


1.5                Explain method of discharge of contract
a.       Discharge by performance
b.       Discharge by agreement
c.        Discharge by impossibility
d.       Discharge by breach of contract 

1.6                Explain the remedy for breach of contract
                a.       Damages
                b.       Specific performance
                c.        Injunction
                d.       Quantum meruit




Sebelum mengenali kontrak adalah lebih baik diperjelaskan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan perjanjian dalam Akta Kontrak 1950.

Perjanjian

Sek. 2(a) menyatakan bahawa apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk suatu perbuatan dengan niat mendapatkan persetujuan orang tersebut untuk suatu perbuatan lain maka orang itu telah membuat cadangan.

Sek. 2(b) menyatakan bahawa sesuatu cadangan bila diterima adalah menjadi janji.

Sek. 2(c) menjelaskan bahawa orang yang membuat cadangan disebut “Pembuat Janji” dan orang yang menerima cadangan disebut “Penerima Janji”.

Contohnya:-

1) A menyatakan kesediaan utk membeli buku dengan harapan B akan bersetuju utk menjual buku tsb dan B menerima cadangan tsb. 

2) A menawarkan kepada anaknya, B sebanyak RM10.00 untuk mencuci keretanya dan B menerima tawaran tsb.

Perjanjian telah wujud dan terjalin apabila ada cadangan dan diikuti oleh penerimaan kepada cadangan tsb. Di sini A ialah pembuat janji dan B ialah penerima janji.

Kini wujud persoalan samada perjanjian itu adalah suatu kontrak atau tidak?


Perjanjian VS Kontrak

Seksyen 2(g) – Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal.(Kontrak Batal/Void Contract)

Seksyen 2(h) – Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah kontrak. (Kontrak/Contract)

Seksyen 2(i) – Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang atas opsen satu pihak atau lebih dari pihak-pihak perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan atas opsen pihak atau pihak-pihak yang lain adalah kontrak boleh batal.(Kontrak Boleh Batal/Voidable Contract)

Seksyen 2(j) – Sesuatu kontrak (perjanjian yang boleh dikuatkuasakan) yang terhenti daripada boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang menjadi batal apabila ianya tidak lagi boleh dikuatkuasakan (Kontrak Terbatal/Contract Become Void).

Berdasarkan kepada seksyen di atas, jelas bahawa Akta kontrak 1950 telah mengkatagorikan perjanjian kepada 4 kategori iaitu:-

1) Perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan undang-undang. Ianya adalah perjanjian batal dan tidak membentuk ikatan kontrak. Walaubagaimanapun ianya lebih dikenali sebagai Kontrak Batal/Void Contract. Contohnya akibat balasan yang tidak sah seperti membunuh, menculik dan berkelakuan lucah dikhalayak ramai dan sebagainya.

2) Perjanjian yang boleh dikuatkuasakan undang-undang. Perjanjian ini membentuk ikatan kontrak dan dikenali sebagai Kontrak/Contract Contohnya kontrak jual beli yang memenuhi elemen-elemen asas kontrak.

3) Perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang atas opsen satu pihak atau lebih dari pihak-pihak perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan opsen pihak atau pihak-pihak yang lain. Ianya dikenali sebagai Kontrak Boleh Batal/Voidable Contract. Kedudukan atau status perjanjian ini berada di antara kontrak dan kontrak batal. Perjanjian ini pada awalnya membentuk ikatan kontrak tetapi ianya boleh terus menjadi kontrak atau dibatalkan atas opsyen satu pihak yang teraniaya dan bukan pihak yang lain di dalam perjanjian berkenaan. Contohnya Kontrak yang terbukti wujud atas perbuatan frod/tipuan. Opsyen untuk meneruskan atau membatalkan kontrak adalah pada pihak yang telah ditipu dan tidak pada pihak yang melakukan frod. 

4) Perjanjian yang boleh dikuatkuasakan tetapi terhenti daripada boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ianya dikenali sebagai Kontrak Terbatal/Contract Become Void. Perjanjian ini pada mulanya boleh dikuatkuasakan undang-undang tetapi terbatal/terhenti daripada boleh dikuatkuasakan mungkin akibat kematian pihak yang berkontrak, perubahan undang-undang atau pengenalan undang-undang baru yang mengakibatkan kontrak tidak boleh dilaksanakan. Contohnya kontrak berkahwin yang sah yang terbatal akibat bakal pengantin telah mati sebelum tarikh yang berkenaan dan kontrak pengedaran rokok kretek yang terbatal akibat undang-undang baru yang kemudiannya mengharamkan jualan rokok berkenaan di negara.

Contoh kontrak.

1) Perjanjian untuk jual-beli telefon. (Urusan Perniagaan)

Contoh bukan kontrak

1) Perjanjian dengan isteri bagi mengemas rumah setiap pagi. (Urusan domestik)

2) Perjanjian dengan kawan untuk belanja makan. (Urusan sosial)

3) Perjanjian dengan anak untuk pergi menonton wayang. (Urusan domestik)

4s) Perjanjian untuk membunuh, mencuri dan lain-lain seumpamanya. (Urusan jenayah)



Rujuk Seksyen 10(1). Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas

1) Kerelaan bebas (free consent)

2) Oleh pihak yang layak membuat kontrak (of parties competent to contract)

3) Untuk suatu balasan & tujuan yang sah (for a lawful consideration & with a lawful object) dan tidak dinyatakan batal dalam Akta Kontrak

Secara tersirat disini boleh dikatakan bahawa jika syarat di atas tidak dipenuhi, boleh mengakibatkan perjanjian menjadi suatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang  dan menjadi KONTRAK BATAL atau KONTRAK BOLEH BATAL dan jika 3  elemen asas kontrak di atas dipenuhi maka perjanjian tersebut boleh dikuatkuasakan dan menjadi KONTRAK. Selain daripada 3 elemen  asas yang dinyatakan dalam Sek 10(1) tsb di atas terdapat satu lagi elemen asas yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah bagi menentukan kewujudan sesuatu kontrak iaitu niat pihak-pihak untuk terikat dengan kontrak yang akan dibincangkan kemudian.

















No comments:

Post a Comment