Monday 28 March 2011

Tugasan 4 - Tort & Jawapan

Assignment No. 4 - DUB 2A & DUB 2B
Submission Date : 1/4/2011

Lina, aged sixteen, lives at home with her father, John, in Sabah. John is aware that Lina has recently exhibited a sometimes violent and delusionary nature diagnosed as schizophrenia and has attacked persons in the neighborhood. Medication that can control Lina's behavior has been prescribed, but without John's knowledge, Lina has stopped taking it.

A month after Lina stopped taking her medication, she approached a neighbour, Rambo, as he walked along the sidewalk fronting John's home. When she has a face to face with Rambo, Lina, without provocation, gestured threateningly and screamed, "I know you're out to get me and I'm going to get you first," and then strode away.

Rambo, who had no knowledge of Lina's mental illness, phoned John about the incident. John told Rambo that "Lina has sometimes made threats to others, but I do not think she will try to hurt you and I assure you that this will not happen again." Rambo believed John's assurances and, for that reason, did not seek to avoid Lina. John questioned Lina about the incident, scolded her, and asked if Lina was taking her medication. When Lina said she was, John did not pursue the matter.

Three days after Lina confronted Rambo, Lina saw him walking on the street fronting their adjoining homes. Lina got on her bicycle and rode it as rapidly as she could directly at Rambo. Although Lina swerved away from Rambo at the last moment, Rambo reacted by diving to one side. He struck his head on the curb and suffered a severe concussion and facial injuries. Rambo has sued Lina and John, alleging tortious causes of action.

a)      Is Rambo entitled to recover against Lina for:
i)          Assault? Discuss.
ii)         Battery? Discuss.
(20 marks)
b)      Is Rambo entitled to recover against John:
i)         On the ground that John was negligent as to Rambo? Discuss.
 (10 marks)


A (1) TORT SERANGAN

Rambo telah menyaman Lina dengan menuduhnya dibawah tort serangan. Untuk mendapatkan gantirugi, Rambo mestilah membuktikan bahawa Lina:-
1) dengan niat
2) menyebabkan Rambo mengalami rasa cemas & kebimbangan yang munasabah &
3) berkemampuan menyebabkan kecelakaan dan kecederaan.

Terdapat dua aksi Lina yang boleh menimbulkan tanggungan terhadap perbuatan serangan.
i)       Aksi ugutan Lina dan
ii)      Serangan Basikal Lina

i)        Aksi ugutan Lina

Niat
Perhatian kepada undang-undang kes Scott lawan Shepherd dimana Mahkamah memutuskan niat perlu dibuktikan dalam tort pencerobohan diri.

Fakta- Lina ketika berhadapan dengan Rambo, tanpa sebarang provokasi membuat membuat kenyataan ‘Aku akan kenakan kau dulu’. Tiada fakta kes lain menunjukkan sebarang unsur paksaan terhadap beliau dalam mengeluarkan ugutan berkenaan.

Kesimpulan- beliau dengan niat membuat kenyataan ‘ Aku akan kenakan kau dulu’ Ini adalah satu aksi secara sukarela atau tanpa paksaan yang mana mengancam Rambo dengan suatu jenis kerosakan.

Rasa cemas yang munasabah
Perhatian kepada undang-undang kes Meade & Belt’s dimana Mahkamah memutuskan ugutan dengan perkataan sahaja bukanlah merupakan serangan.

Fakta- Lina mengugut dengan perkataan ‘Aku akan kenakan kau dulu’. Dia secara berhadapan dengan Rambo  membuat pergerakan  yang mengancam dan menjerit dan terus berlalu pergi.

Kesimpulan:- Kenyataan atau ancaman Lina sahaja belum lagi menjurus kepada rasa cemas yang munasabah sebagaimana kes Meade & Belt’s tetapi kombinasi tindakan mengugut, menjerit dan membuat pergerakan yang mengancam boleh menyebabkan perasaan cemas dan bimbang kepada Rambo. Bagaimanapun Lina telah berkata ‘Aku akan kenakan kau dulu” yang mana menunjukkan amaran itu akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Kesimpulan Aksi Ugutan
Perbuatan ugutan ini dibuat dengan niat tetapi tidak wujud rasa cemas atau kebimbangan yang munasabah pada ketika itu dan dengan itu Lina tidak boleh dipertanggung jawabkan kepada Rambo untuk ugutan tersebut.




ii.  Serangan Basikal Lina

Aksi kedua Lina dimana mungkin boleh menimbulkan tanggungan tort serangan adalah bila Lina menunggang basikal ke arah Rambo.

Niat-
Perhatian semula kepada undang-undang kes Scott lawan Shepherd dimana Mahkamah memutuskan niat perlu dibuktikan dalam tort pencerobohan diri.

Fakta ada tercatat bahawa Lina menunggang basikal ke arah Rambo dengan selaju yang mungkin.

Kesimpulannya perbuatan ini dilakukan dengan secara sukarela dan kemahuannya sendiri memandangkan tiada fakta lain membuktikan sebaliknya Ini telah memenuhi keperluan dalam menunjukkan kewujudan niat dalam perbuatannya. Bagaimanapun adakah niat Lina ini dicetuskan oleh fakta bahawa beliau mungkin berelusi dan berkhayalan? Jawapannya tidak. Semua orang adalah berkemampuan untuk tort dengan niat. Tidak ada pembelaan untuk ketidakupayaan atau kecacatan. Selagi aksi tersebut dilakukan secara sukarela dan tanpa paksaan dan bermungkinan besar untuk mengakibatkan keputusan yang diniatkan, elemen niat tersebut telah tercapai.

Rasa cemas yang munasabah–
Fakta- Rambo nampak Lina menunggang basikal ke arahnya dan telah berasa cemas kepada kerosakan dan kecederaan yang mungkin berlaku. Ini dibuktikan apabila dia mengelak ke satu arah untuk menghindari Lina. Ujian untuk kebimbangan ini adalah suatu yang objektif. Dalam keadaan ini, telah menerima ancaman terlebih dahulu dari Lina dan kini dengan aksi Lina menunggang basikal kearahnya pada kelajuan tinggi,

Kesimpulan:- Rambo ada rasa kebimbangan yang munasabah.

Kemampuan mencederakan plaintif
Perhatian kepada undang-undang kes Thomas lawan National Union Mineworkers dimana mahkamah memutuskan bahawa defenden mestilah berkemampuan mencederakan plaintif

Fakta- Lina kelihatan ada niat untuk melaksanakan amaran dan kini memiliki kemampuan untuk melaksanakan amarannya dengan serangan basikal. Tiada fakta lain menunjukkan halangan kepada Lina untuk melaksanakan serangan.

Kesimpulan- Lina berkemampuan dan tidak ada halangan lain dalam melaksanakan serangan basikal ini.

Kesimpulan Serangan Berbasikal
Jelas Lina dengan niat telah menyebabkan Rambo merasa cemas yang munasabah akan  keselamatan dirinya. Lina dengan ini bertanggungan kepada Rambo untuk serangan tersebut. Dia bertanggungan kepada kerugian yang timbul disebabkan oleh serangan. Rambo mengelak dari Lina dan terhantuk dan tercedera. Lina bertangunggan kepada Rambo untuk kos rawatan yang ditanggung dan juga kerugian akibat kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh Rambo.



A (2) TORT SERANGAN SENTUH

Untuk  tuntutan  kerugian melalui serangan sentuh, Rambo perlu membuktikan Lina  
1) dengan niat mencederakan
2) telah menyebabkan kecederaan atau kerosakan atau sentuhan terhadap Rambo.

Niat:–
Perhatian semula kepada undang-undang kes Scott lawan Shepherd dimana Mahkamah memutuskan niat perlu dibuktikan dalam tort pencerobohan diri.

Disini aksi yang sama iaitu menunggang basikal ke arah Rambo, mencukupi sebagai membuktikan niat aksi tersebut. Aksi tersebut dilakukan secara sukarela walaupun Lina mengidap penyakit seperti yang telah dibincangkan di atas.  Lina mungkin mempertikaikan bahawa dia hanya berniat menakutkan Rambo dengan bukti bahawa dia mengelak ketika saat akhir pertembungan tersebut. Walaubagaimanapun , Lina kini mengaku berniat untuk tort serangan. Niat ini boleh diterjemahkan atau dipinda sebagai suatu tort serangan sentuh. Ianya boleh dijangkakan bahawa Rambo cuba mengelak, dan tercedera akibat percubaan tersebut. Kecederaan daripada cubaan mengelak akan dianggap sebagai  niat sebenar perbuatan tersebut iaitu supaya plaintif mengelak dan tercedera.

Penyebab kecederaan atau sentuhan:-
Akibat daripada pengelakkan Rambo, beliau mengalami kecederaan dan  gegaran otak bila kepalanya berlaga dengan “kerb” jalan. Ianya adalah suatu sentuhan berbahaya terhadap Rambo dan memadai untuk memenuhi elemen serangan sentuh.

Kesimpulan:–
Jelas kelihatan Lina dengan niat telah menyebabkan kecederaan Rambo. Lina bertanggungan terhadap kerugian daripada tort ini seperti yang telah dibincangkan. Kerugian sebenar bagi meliputi kos rawatan, kesakitan dan penderitaan dan mungkin kerugian teladan kerana ini suatu perbuatan dengan niat. Pembelaan Lina atas alasan mempertahankan diri akan gagal kerana tidak ada serangan sebenar ke atasnya oleh Rambo. Ia hanyalah khayalannya. Mahkamah mungkin mempertimbangkan kegagalan Lina mengambil rawatannya sebagai perbuatan sukarela untuk tidak sempurna sama seperti perbuatan sukarela untuk meracuni diri yang mana selanjutnya melemahkan lagi pembelaan Lina atas alasan tidak berkeupayaan tersebut.


B) TORT KECUAIAN

Rambo telah mengambil tindakan terhadap John di bawah tort kecuaian. Untuk mendapatkan gantirugi Rambo mestilah membuktikan 3 perkara iaitu
1) Tanggungjawab untuk berhati-hati
2) Kemungkiran untuk berhati-hati dan
3) Kerosakan atau kerugian akibat kemungkiran tersebut.

Tanggungjawab untuk berhati-hati-
Secara umumnya undang-undang tidak mengenakan tanggungjawab untuk mengawal aksi atau perbuatan seorang yang lain. Walaubagaimanapun dibawah keadaan tertentu, bila seseorang ada pengetahuan tentang perlakuan berbahaya seseorang dan tahu kaedah untuk mengawal orang tersebut maka tanggangjawab tersebut timbul.

Fakta- Lina ialah anak bawah umur John yang tinggal dirumahnya dan John tahu akan penyakit Lina dan juga tahu Lina ada perlakuan yang berbahaya dan Rambo telah memberitahunya tentang pertembungannya dengan Lina. Beliau juga tahu kaedah untuk mengawalnya.

Boleh disimpulkan disini, tanggungjawab mengawal akan dikenakan ke atas John. Rambo boleh dilihat sebagai berpotensi menjadi plantif atau mangsa secara khususnya kerana beliau memaklumkan kepada John akan amaran yang dikeluarkan oleh Lina. John, dengan ini ada tanggungjawab untuk bertindak secara munasabah di dalam situasi ini untuk mengawal Lina dan tindakannya terhadap Rambo.

Kemungkiran Tanggungjawab-
Adakah John mungkir tanggungjawab untuk berhati-hati? Dua tindakan John berkemungkinan menimbulkan kemungkiran untuk berhati-hati iaitu
- Jaminan John kepada Rambo
- Memastikan Lina mengambil rawatan yang sepatutnya.

John memberi jaminan kepada Rambo bahawa Lina tidak akan mencederakannya dan jaminan bahawa ancaman berkenaan tidak akan berlaku lagi. Kenyataan ini akhirnya salah. Kenyataan John adalah jaminan bahawa suatu peristiwa tidak akan berlaku di masa hadapan. Kenyataannya bertindak dalam dua tujuan selain berkemungkinan menjadi kenyataan cuai. John secara prinsip juga menyatakan beliau ada kawalan ke atas situasi dan perlakuan Lina.

Aksi kedua yang memungkinkan kemungkiran tanggungjawab ialah aksi John terhadap Lina. John memarahi Lina tetapi dia menerima jawapan Lina bahawa beliau telah mengambil rawatannya. Dalam keadaan ini, seorang yang munasabah akan memastikan Lina benar-benar telah menerima rawatannya. Kegagalan John adalah mungkir tanggungjawab.

Kemungkiran John menyebabkan Rambo tercedera.
Kenyataan cuai- Rambo secara munasabah bergantung kepada kenyataan John bahawa Lina  tidak akan mengancamnya lagi. Rambo gagal mengambil langkah berjaga-jaga akibat bergantung kepada kenyataan dan jaminan John yang akhirnya menyebabkan kecederaannya.

Kegagalan John memastikan Lina menjalani rawatan- Lina mungkin tidak menyerang Rambo jika beliau mengambil rawatannya. Dengan itu, kegagalan John memastikan Lina mengambil rawatannya adalah satu punca lain yang menyebabkan Rambo tercedera. Tanpa kemungkiran John kecederaan Rambo tidak akan berlaku.

Kecederaan Rambo boleh dijangkakan kerana John tahu keadaan kesihatan Lina dan perlakuan liar Lina. Dia juga tahu Lina ada membuat ancaman tertentu kepada Rambo. Dengan ini aksi John adalah hampir kepada penyebab  kecederaan Rambo. Akhir sekali, Rambo mengalami kerugian seperti perbincangan di atas.

Kesimpulan
John akan bertanggungan dalam kecuaian terhadap perbelanjaan perubatan Rambo, kesakitan dan penderitaan dan kerugian. Bagimanapun oleh kerana John semata-mata cuai, beliau tidak bertanggungan terhadap kerugian teladan.



No comments:

Post a Comment